MULA BISNES SECARA LEAN START UP - APA ADA DI TANGAN

8 years ago
Perkongsian ini di kongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, ABS FOOD PLT, Puan Reni Rahmat. Boleh follow beliau di SINI.



Apabila kita cerita berkenaan bisnes yang bermula dengan lean --- apa ada kat tangan.

Jika Sekarang ada RM100 -- mulakan dengan modal tersebut.
Jangan mula bisnes yang perlu modal RM50,000, jika dekat tangan sekarang cuma ada RM4,000.
Mana nak cekau lagi RM46,000?

Kecuali jika tahu bagaimana mahu berpartner, bagaimana mahu mendapatkan pelabur dalam bisnes.
Ada BMC nya, ada road map nya.

Bila tunjuk semua itu, pelabur berminat.
Haaaa. Proceed sahaja Modal RM50,000 tersebut.



Sebelum itu, izinkan saya memberi contoh bagaimana bisnes secara lean di jalankan dengan memberi contoh bisnes ABS FOOD itu sendiri.


Kami 3 orang bermula memang betul-betul secara lean semasa awal-awal menjalankan bisnes ABS FOOD.

Tiada pinjaman dari bank.
Tiada pelabur.


Apa kami ada ketika itu --- kami guna.

Apa yang kami buat --- kami cipta bisnes yang boleh duit masuk di dalam masa yang singkat.
Iaitu Supply roti ABS dan produk pastri lain kepada kafe dan juga agen ABS ROTI.


Penghujung bulan pertama, income sudah mula masuk.
Akaun syarikat, kami OUTSOURCE pengurusannya kepada ABS HOLDING.


Walaupun Puan Rafizah, individu yang bertanggungjawab menguruskan akaun ABS FOOD memberitahu saya,

"Puan, baki akaun ada RMxxxx."

Kau rasa? Boleh mintak kat dia nak keluarkan duit alasan tidak cukup duit nak bayar hutang.
Harapan.

Selagi duit dalam akaun hanya ngam-ngam atau berada pada paras-paras hidung untuk membayar perkara berikut :

1) Pembelian produk (kami buat trading - beli roti orang lain - jual)
2) Rolling modal


Jangan harap, nak usik duit dalam bank itu untuk membayar gaji.

Ini sangat berbeza apabila kita menjalankan bisnes gaya towkay. Saya berani cakap, sebab saya memang buat waktu-waktu tidak sedar diri dulu.

Hari ini masuk duit jualan RM1,000. 
RM500 tarik siap-siap bayar itu ini.

Baki RM500, disebab kan esoknya tak masuk jualan RM1,000 tu lagi.
Maka, guna la Duit RM500 tu untuk bawa pergi Giant - shopping barang dapur katanya.


Ada Account Exec nak marah kau? Berani nak marah. Duit "aku" kot!

Namun begitu, walaupun kita masih menjalankan bisnes secara lean dan gaya korporat, kita juga perlu modal untuk kelangsungan hidup.

Dah tu -- anak nak makan apa? Hutang yang ada nak bayar macam mana? Takkan nak beritahu kat bank,
"Saya buat bisnes, tapi dah 6 bulan tidak dapat gaji"
Bank pun jawab secara poyo --- "ada aku kisah?"

Maka, kita perlu juga 2nd income. Create apa sahaja bisnes yang boleh dapat duit masuk secara harian.



Macam saya, saya menjalankan bisnes trading Roti ke sekolah-sekolah. (Bisnes sendiri sebelum join ABS FOOD)

Lepas lah duit poket, duit famili, hutang nak bayar sikit-sikit. 
Shopping baju dan kasut? --- maaf! Tidak di benarkan sama sekali.
IKAT PERUT KETAT-KETAT.


Dalam masa yang sama, usahakan untuk bisnes yang kita jalankan secara lean startup dan gaya korporat ini, dapat membayar gaji kita.

Tetapkan berapa gaji kita mahu.
Berapa gaji kita mahu, bukan ala-ala poyo macam,


"Eh! Gaji CEO kat syarikat kau bekerja berapa" --- kita tanya kawan kita yang bekerja kat syarikat besar yang lain.
Kawan tu jawab -- "sah-sah RM17K beb".
Whoaaaa! Banyak tuh. Ok lah, aku letak RM15K sahaja.

Agak-agak lah kan. 

Kita pendiri bisnes (CEO nya), itu bisnes kita. Bisnes bersama partner kita. Bisnes pula baru masih nak bertatih. Baru nak stabil. Baru dalam fasa nak kembangkan.


Belum apa-apa, dah tamak nak letak RM15K.
Menangis lah syarikat lean start up nak bayar gaji banyak itu.

Tidak mengapa kita letak gaji yang rendah. Rendah 5000% dari gaji CEO syarikat lain pun tidak mengapa.

Sebab kita faham, syarikat hanya mampu membayar sebanyak itu. Proceed. Kita ada saham. Nilai saham kita akan naik seiring dengan pesatnya syarikat kita membangun.

Jika sekarang nilai saham yang kita pegang 0.10sen seunit. Esok-esok syarikat dah membesar, berkembang. Nilai saham sudah jadi RM1.

Itu baru 1 syarikat. Jika kita ada 10 syarikat. Semua 10 syarikat kita ada saham dalam tu. Semua 10 syarikat berkembang pesat dan maju.

Kau rasa?
Game syarikat korporat adalah game saham.
Gaji ciput tidak mengapa, saham tu, berapa kita park dalam syarikat tersebut.

Dipendekkan cerita, begini lah yang kami lalui di dalam bisnes ABS FOOD.

1) Kami tetapkan gaji yang paling rendah (below market price)
2) Jika kami buat kerja yang membabitkan syarikat, kami CLAIM duit itu sahaja.




Contoh : pergi Kajang jumpa Rakanniaga Begejon, duit yang di keluarkan untuk minyak dan tol (jika ada) adalah RM30. Maka, RM30 itu yang kami claim.

Jika syarikat ketika itu tiada duit (even nak bayar claim pun tak boleh), simpan semua resit-resit yang berkaitan dengan operasi bisnes itu tadi. Nanti duit syarikat dah ada, baru syarikat akan bayar. Atau paling mudah, convert kepada saham.

Gaji juga begitu. Jika gaji kita RM3000. Tapi syarikat mampu bayar RM1,500 sahaja. Lagi RM1,500 boleh convert kepada saham.

Jika kita belum menjalankan bisnes secara teratur atau korporat, saya berani cakap ---- anda mesti buat.

Mulakan dengan tidak ambil tahu berapa banyak duit masuk dalam syarikat.
Suruh orang lain yang jaga akaun syarikat.
Keluarkan surat lantikan kerja kepada diri sendiri, letak sekali gaji siap-siap kat situ.


Fikirkan growth. Lepas ini syarikat mahu ke mana?

Bukan kerja mudah, sebab saya sendiri kata ianya bukan MUDAH.
Namun, apabila kita mahu (niat), dan lakukan nya dengan ilmu, 
In shaa Allah, Tuhan pasti permudahkan.



NOTA : Di dalam gambar, surat perlantikan yang di terima selepas 6 bulan bekerja di dalam ABS FOOD.

No comments:

Powered by Blogger.