7 CARA TINGKATKAN JUALAN BISNES RETAIL MAKANAN
Menjalankan perniagaan retail makanan seperti restoran memang melelahkan.
Terlalu banyak kerja-kerja yang terpaksa di lakukan untuk memastikan perniagaan tersebut menghasilkan jualan dan keuntungan. Ini termasuk juga tugas-tugas operasi seperti -- memastikan kondusi restoran di dalam keadaan yang baik, memberi latihan kepada krew-krew servis restoran, memastikan bahagian dapur dapat memenuhi permintaan pelanggan dan juga pengurusan inventori.
Di samping itu, kita juga harus mempunyai bakat-bakat yang mampu mengurus restoran tersebut dari segi mengurus bakat pekerja dan juga memastikan servis kepada pelanggan berada di tahap yang baik.
Ini belum di campur lagi dengan situasi-situasi yang membabitkan krisis di antara pekerja membabitkan prestasi kerja yang di jalankan. Di samping hak-hak pelanggan yang tidak boleh di nafikan seperti mengkritik makanan yang di hidangkan menggunakan medium-medium yang sukar di kawal seperti media sosial dan sebagainya.
Walaupun, keadaaan dan situasi menjalankan perniagaan ini nampak melelahkan dan memenatkan, namun masih terdapat 7 CARA yang boleh membuatkan perniagaan ini kekal membuat lebih dan lebih duit.
7 CARA tersebut adalah :
1. Harus mempunyai bajet - Jika tiada bajet, bagaimanakah kita dapat merancang untuk mendapat lebih keuntungan? Bagaimana kita dapat mengetahui apakah sistem yang sesuai di gunapakai supaya matlamat kita dapat di capai. Perkara-perkara ini dapat di capai dengan adanya bajet.
2. Dengan sistem peruntukan pembelian bahan-bahan mentah, kita dapat memberi akses kepada bahagian dapur untuk membuat pesanan bahan mentah tanpa kita terbeban untuk memantau semuanya. Dengan ini, chef atau pengurus dapur dapat merancang setiap pembelian bahan mentah mereka.
3. Key Item Report - salah satu sistem perekodan stok inventori.
4. Waste Sheet - Salah satu sistem perekodan stok yang di bazir atau terbazir yang membantu kita untuk mengurangkan pembaziran dan mengenalpasti apabila berlakunya kecurian membabitkan bahan mentah
5. Sistem Peruntukan Buruh membantu untuk kita merangka jadual tenaga kerja yang mahu di gunakan supaya bersesuaian dengan target jualan yang di sasarkan.
6. Sistem Latihan Pekerja harus di sediakan supaya pekerja dapat bertahan lebih lama, mengurangkan kos perolehan (turnover cost) dan menyimpan pelanggan yang gembira.
7. Sentiasa memastikan food cost atau cost of goods sold di dalam keadaan yang terkawal.
Ini antara perkara-perkara yang di sentuh di dalam Kelas Urus Angka Bisnes F&B, ABS FOOD.
No comments: