LELAKI BERJAYA INI MEMEGANG NILAI DAN TERAS YANG BUKAN CALANG-CALANG DI DALAM BISNES

8 years ago


Nilai-nilai dan teras di dalam bisnes
Jack Ma, pengasas Ali Baba berkongsi,
"Kejayaan bukan semata-mata bersandarkan pada luck dan nasib, namun saya amat percaya, kejayaan di dorong oleh nilai-nilai dan teras yang di pegang di dalam bisnes yang kita jalankan"
Di dalam satu temubual, Jack Ma berkongsi,

+ Di dalam organisasi Ali Baba Group, nilai yang di bawa adalah nilai bersih daripada sebarang rasuah.
+ Setiap staff di tanamkan pegangan nilai ini.
+ Kejayaan Ali Baba bukan terletak pada perolehan 500 Billion yang di terima, namun kejayaan yang amat di banggakan adalah kejayaan integriti, kepercayaan yang di terima dari pelanggan.
Perniagaan Ali Baba yang sepenuhnya atas talian, membuktikan nilai-nilai dan teras di dalam bisnes yang di bawa dapat memberi kesan kepercayaan dan integriti kepada mereka yang berurusan dengan Ali Baba.
Sambung Jack Ma lagi,
+ Pernah satu ketika, saya mendapat tahu 2 orang staff cemerlang saya telah melanggar nilai dan teras yang di bawa dengan menerima wang imbuhan untuk satu projek yang di jalankan.
+ Tanpa berlengah, saya terus memecat keduanya walaupun keduanya menyumbang 60% jualan ke dalam Ali Baba.
+ Pernah juga satu ketika, ketika saya memantau training sales yang di jalankan oleh seorang trainer Ali Baba, ketika itu saya terdengar trainer tersebut mengajar cara-cara menjual sikat kepada sami.
+ Dengan serta merta selepas itu, saya memecat trainer tersebut. Sebab --- proses jualan tersebut mempunyai unsur-unsur penipuan.
+ Apabila ingin menjual produk,pastikan menjual produk yang bermanfaat. Bukan menjual sikat kepada sami yang mana terang-terangan sami berkepala botak, tidak berambut.
Rumusannya --- perniagaan yang berteraskan patuh syariah adalah satu landasan kepada kejayaan bisnes.

No comments:

Powered by Blogger.