5 TIPS INI BOLEH DI GUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN PEKERJA

8 years ago


Salah satu soalan yang sering di tanyakan oleh pemilik restoran adalah, "Di manakah saya boleh mendapatkan pekerja yang bagus?"
Ironinya, turnover pekerja di restoran adalah sangat tinggi. Dan di kebanyakan masa, permasalahan datang bukan dari manusia, tetapi daripada kelemahan sistem yang ada. Manusia suka untuk mengetahui apa yang kita mahukan dari mereka.
Berikut merupakan cara bagaimana dapat memastikan perniagaan restoran dan retail lebih efisien dan menghasilkan keuntungan. Samada kita mahu memantau kos-kos yang ada seperti food cost atau pun menstabilkan labor cost yang ada, atau pun kita mahu membina tim pengurusan yang mampu mengurus perniagaan ini, beberapa tips ini sesuai untuk anda. 
Adakah anda konsisten mahu memiliki pekerja yang terbaik di dalam perniagaan restoran dan retail yang di jalankan? Hakikatnya, terlalu ramai pekerja di luar sana, namun begitu adakah ramai juga pekerja yang bagus? 
Pertamanya, berhenti untuk mencari pekerja yang "bagus". Apa yang kita perlu cari adalah manusia yang mahu bekerja dan buatkan mereka selesa dengan pekerjaan yang mereka lakukan.
Antara cara bagaimana menukar pekerja yang biasa-biasa kepada pekerja yang bagus adalah -
1. Melalui Job Description yang di nyatakan
2. Iklankan jawatan tersebut di medium pengiklanan mencari pekerja
3. Sentiasa menyoal soalan-soalan standard mengikut guideline soalan dari bahagian HR.
4. Sentiasa bersedia
5. Sentiasa merekrut pekerja bukan berdasarkan pengalaman mereka tetapi bagaimana mereka boleh menyesuaikan dengan budaya di tempat kerja.

No comments:

Powered by Blogger.