LELAKI INI MENGAMALKAN 3 TIPS INI UNTUK MENAIKKAN KEUNTUNGAN DI KIOSK NYA

8 years ago

LELAKI INI MENGAMALKAN 3 TIPS INI UNTUK MENAIKKAN KEUNTUNGAN

Ini adalah salah seorang Rakan-Niaga Begejon yang berpusat di Rawang. Ketika beliau mula menjalankan perniagaan Begejon ini, beliau mula mengaplikasikan 3 TIPS di bawah ini untuk menaikkan keuntungan yang ada.


1) Lebihkan 10% pelanggan
2) Lebihkan 10% kedatangan pelanggan membeli
3) Lebihkan 10% pembelian dari pelanggan
Bagaimana?
+ Cipta pengalaman menarik apabila pelanggan berada di premis / kiosk / gerai kita.
+ Mohon mereka review / tag / bercerita berkenaan pengalaman mereka ketika membeli di premis / kiosk / gerai kita.
+ Ingat nama pelanggan yang selalu membeli.
Contoh : Dalam seminggu, 3 kali kita melihat pelanggan tersebut membeli. Sapa pelanggan tersebut dengan nama nya. Ingat apa pesanan menu yang selalu beliau beli. Dengan cara ini, pelanggan lebih seronok dan rasa di hargai. Melalui pengalaman berharga ini, pasti mereka seronok untuk datang lagi dan lagi.
+ Guna kaedah up-selling. Jika seorang pelanggan membeli satu produk, rekemenkan produk lain yang boleh di cuba oleh pelanggan tersebut. Jika mereka membeli ala carte, rekemenkan mereka membeli pakej. Ini akan menjadikan, dari mereka membeli produk berharga RM2, mereka akan membeli produk berharga RM7.
+ Aplikasikan kaedah "menu engineering".
Dengan beberapa strategi ini, ianya langsung tidak meningkatkan kos. Namun sebaliknya, ianya dapat meningkatkan keuntungan.

No comments:

Powered by Blogger.