4 KOS DALAM BISNES F&B YANG WAJAR DIKETAHUI
Posting ini di kongsi oleh Puan Suzanne yang pernah mengikuti Kelas Coaching tajuk Costing anjuran ABS FOOD.
Pembahagian yang ideal dalam perniagaan :
- Food Cost 30%
- Labour Cost 30%
- Fix Cost 20%
- Variable Cost 10%
- Profit 10%
- Total : 100%
Ini yang saya praktikkan selepas sesi pembelajaran dengan puan Reni Bt Rahmat .Tq puan...formula ni banyak membantu....
😍
😍



Food cost termasuklah bahan mentah yang digunakan dan packaging yang digunakan.
Labour cost termasuklah gaji2 pekerja...komisen2 agent....elaun2 staff....
Fix cost seperti sewa premis...sewa beli mesin...insurans...*apa2 kos yang tetap perlu dibayar setiap bulan.
Variable cost adalah kos2 yang tidak tetap. Utiliti adalah termasuk dalam kos ni. Bil api air..logistik...
Profit...10% itulah keuntungan yang diperolehi pada bulan itu.
Sebelum menguruskan satu perniagaan yang besar. Kena praktikkan perkara ni dari mula berniaga walaupun kita masih dalam proses baru membangun/dalam fasa perniagaan berskala kecil.
✌
✌
✌



Ini yang Ovenhouz Bites sedang praktikkan. Kadang kala rasa tak nak kira ikut portion ni tau. Tapi formula ni sebenarnya boleh menyelamatkan perniagaan kta. #belajarterimahakikat Trust me!
😅
😅
😅



No comments: