MENENTUKAN MARGIN KEUNTUNGAN BAGI PERNIAGAAN RETAIL
Sebelum dapat menentukan berapakah margin keuntungan perniagaan retail kita berada, kita seharusnya tahu apakah angka-angka di dalam bisnes kita, termasuk kos prima.
Jumlah kos untuk setiap produk yang terjual harus lah termasuk kos labor, termasuk tax dan insuran. Jika jualan yang di buat adalah RM85,000, maka jumlah kos untuk produk yang terjual boleh di sasarkan kepada 55%.
Maka, kos prima (kos untuk setiap produk terjual termasuk kos bahan mentah dan juga kos labor) sudah di belanjakan kepada 55% daripada jumlah jualan yang di terima. Oleh itu, kos-kos lain seperti sewaan, utiliti harus lah berada pada kadar 5-8% sehingga 10%. Selain itu, antara kos yang perlu di timbangkan adalah kos pemasaran iaitu bajet nya berada di antara 2-4% daripada jumlah jualan.
Statistik menunjukkan margin keuntungan perniagaan retail, baseline nya berada di antara 5-8%. Di mana untuk perniagaan retail seperti restoran, cafe, kedai, warung dan kiosk, di mana banyak perkara yang harus di lakukan, margin keuntungan sebanyak 5-8% adalah tidak berbaloi.
Jadi, banyak kos-kos dalaman harus di kawal semula untuk membolehkan margin keuntungan berada pada kadar 15-20%.
No comments: