DUIT MASUK TIDAK PENTING DI DALAM PERNIAGAAN RETAIL MAKANAN



DUIT MASUK TIDAK PENTING, 
YANG PENTING DUIT YANG BERJAYA DI SIMPAN

Beberapa bulan lepas, saya di datangi seseorang yang mahu menyertai coaching untuk topik Costing. Beliau menjalankan perniagaan streetfood iaitu burger.
Baru sahaja bermula tahun lepas, 2 bulan sebelum bertemu dengan saya.

Cerita beliau, permulaan bisnes, duit keluar sangat kucar-kacir. Jualan boleh tahan. Setiap hari masuk tidak kurang daripada RM240 jualan.

Namun, setiap hari juga seakan tidak nampak duit nya. 

Nak kata, duit habis untuk di bayar pekerja, beliau cuma menjalankannya seorang diri. Tiada pekerja. 

Apabila di selidiki, nyata -- pembelian bahan mentah nya terlebih atau tidak di kawal.

Tambahan pula, ada yang terbeli lebih, sehingga expired dan di buang ke dalam tong sampah.

Saya tanyakan beberapa soalan --

1) Berapa jarak kedai pemborong burger dari tempat beliau berniaga?

2) Adakah boleh beliau membeli barang mentah setiap hari.


Jika dekat, saya sarankan pembelian bahan mentah di beli secara harian dengan bajet yang di tetapkan.

Permulaan untuk menstruktur semula pembelian bahan mentah, setiap duit jualan yang masuk, beliau harus ketepikan beberapa portion utama --

✔ Portion Bahan Mentah - 40% daripada hasil jualan

✔ Portion Sewa Tapak - RM15 sehari

✔ Portion Kepingan Ayam (beliau menjual burger ala zinger burger, jadi perlu guna ayam) -- harus di kira berapa keping ayam terjual setiap hari, costing setiao ketul ayam dan di ketepikan modal ayam yang terjual untuk setiap hari

✔ Portion Gaji - Selepas di tolak kesemua di atas.

Daripada Gaji yang di terima,

Ketepikan pula portion utama berikut :

✔ Bil-bil yang perlu di bayar setiap bulan. - jumlah bil di bayar sebulan bahagi dengan hari beroperasi

✔ Hutang yang perlu di bayar setiap bulan - jumlah hutang di bayar sebulan bahagi dengan hari beroperasi

✔ Rm20 setiap hari bagi SAVING Harian





Soal beliau, jika jualan harian tidak mencecah RM200 ke atas, bagaimana puan?

Jawapan -- sediakan target jualan dan beberapa revenue stream yang boleh menyokong target tersebut seperti --

✔ Adakan delivery burger

✔ Offer mini katering untuk hi tea ofis dan sebagainya

Setelah 2 bulan berlalu selepas pertemuan coaching tersebut, pagi ini beliau tunjukkan saving harian yang tidak pernah gagal beliau ketepikan RM20 seperti yang di sarankan.

Dan setiap hari food cost beliau kekal pada kadar 40%

Kata beliau, apabila agihkan begini menggunakan sampul, ia nampak lebih teratur dan saya dapat kenalpasti ke mana duit saya pergi setiap hari.

Alhamdullilah.


No comments:

Powered by Blogger.